Jumat, 21 Oktober 2011

percintaan yang gagal

Sejarah Firdaus Life

Saturday, April 9, 2011


Percintaan yang Gagal


Dalam suatu hubungan percintaan yang gagal akibat munculnya pihak yang lain, Kite selalu berpendapat bahawa sebab utama perhubungan itu putus adalah kerana adanya pihak ke 3. Tapi kita tidak pula menunding jari ke arah salah satu pasangan tersebut yang begitu manja atau gedik melayan pihak yang ke 3.

Jika satu pasangan itu saling menyayangi antara satu sama lain, maka sudah pasti kemunculan pihak ke 3 tidak dapat menggoyahkan perhubungan kerana masing2 memberikan komitmen terhadap pasangan dan hubungan serta pihak ke 3 sama sekali tidak akan dilayan.

Tak layan pihak ke 3 = Hubungan aman damai dan berkekalan :)

Yang menjadi masalah utama adalah salah seorang atau mungkin kedua-dua pasangan ini memberikan peluang kepada pihak ke 3 untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Sebaik saje pihak ke 3 ini diberikan peluang, sudah tentulah mereka akan menggunakan peluang yang ada itu dengan bersungguh-sungguh agar ape yang dikehendakinya itu tercapai.

Salah satu sebab kenapa suatu pasangan itu menerima pihak ke 3 adalah kerana hubungan percintaan mereka tidak lagi mempunyai persefahaman yang baik. Jadi apabila tiadanya persefahaman dan masing2 tidak cuba untuk memperbaiki hubungan, maka mereka akan mencari seseorang untuk dijadikan tempat untuk luah perasaan atau mungkin menggantikan pasangan yang sedia ada.

Ok malas dah nak tulis panjang2. Nak bagi nasihat sikit la kat pihak ke 3 ni. Kalau kau suke kebas pasangan orang. nanti pasangan kau pulak kene kebas nanti. Jadi jangan duk sibuk la ganggu hubungan orang lain ye. :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar